Sunday, October 14, 2012

SamFiber MotorSports di Facebook

Salam hormat kepada followers blog ni. Saya telah create fanpage Samfiber MotorSports di Facebook.

Sila klik pada gambar dan LIKE page SamFiber MotorSports untuk update interaktif terkini. Terima kasih.



Thursday, October 11, 2012

Majlis kenduri doa selamat dan pembukaan SamFiber MotorSports...

Salam sahabat2 sekelian. Semoga anda ada kelapangan pada malam esok selepas Isyak (12/10/2012). Majlis kenduri doa selamat sempena harijadi saya dah pembukaan kedai moto SamFiber MotorSports. Jamuan sate dan seumpamanya disediakan. Moga kehadiran sahabat2 sekelian memeriahkan lagi majlis ini. Terima kasih.



Untuk yang dah pernah datang rumah saya, kedai moto SamFiber MotorSports tak jauh dari rumah saya. Rumah saya kat point A, SamFiber MotorSports kat point B. Lebih kurang 5 minit perjalanan.



Thursday, October 4, 2012

SAMFIBER MOTORSPORTS

4 Oktober 2012 : Mendaftarkan syarikat SAMFIBER MOTORSPORT di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dengan ini, secara rasminya SAMFIBER MOTORSPORTS telah layak beroperasi sebagai sebuah syarikat berdaftar yang sah...



Adakah ianya secara kebetulan atau pun telah ditakdirkan. Daftar syarikat pada harijadi saya 4/10. 4x10=40. Umur kini 40 dan workweek 40. Allah maha merancang dan maha mengetahui.

Battery Charger dan Impact Wrench

Peralatan penting bila buka bengkel nanti mesti ada Battery Charger dan Impact Wrench.

Beli Battery Charger jenama AGRI yang boleh mengecas 2 bateri sekali gus berharga Rm600.



Beli Impact Wrench jenama Kawasaki berharga Rm380. Ada juga jenama Taiwan berharga Rm320 tapi saya mesti pilih KAWASAKI... keh keh keh... ...



Wednesday, October 3, 2012

The making : Under Tray custom ZRX1200R

Under tray kebiasaannya akan dibuang mudguard untuk nampak rugged @ ranggi. Motor model baru kebanyakannya sekarang telah dibuat mudguard yang berasingan kerana pengeluar memahami kehendak pengguna :-)

Bagaimana pula dengan oldskool type motorbike? Ada juga aftermarket part untuk tujuan tersebut, tapi kena import dan agak mahal juga harganya.

Contoh yg diberikan kepada saya dan prototype yg telah saya siapkan...



Sebelum dan selepas...





HARGA : RM400 sahaja

Nak order? SMS (Nama Anda) (Under Tray ZRX1200r) hantar ke 017-2634237. TQ.

Kapcai untuk dijual

2 Oktober 2012 : Beli motor Honda EX5. Dah recondition macam baru. Motor ni untuk dijual dengan harga RM2,500 sahaja. Boleh datang test ride kalau berminat. Tq.



Beli Honda Fame jugak. Motor rare nih. Dah restore. Buat motor untuk beli sparepart jer. Motor Fame ni tak jual taw. Ada yang call kata nak beli Fame ni. Sorry ek, nak pakai sendiri jer ni :-) ...



Monday, October 1, 2012

Buka kedai moto, Full time...

Dah 23 tahun kerja kilang. Dari Junior Technician sampai la jadi Engineer. Kompeni bagi VSS, pampasan agak kurang tapi apa salahnya mengambil langkah berani untuk buka bisnes sendiri. Seminggu sebelum raya puasa dah jobless...

1 Oktober 2012 : Hajat nak buka kedai moto, Full time... lesen takde lagi... hehehe... Baru setup tempat jer ni. Pindah masuk motor-motor dulu...