Friday, December 3, 2010

Custom Belly Pan ER6n

Belly Pan yang ni nampak biasa sangat dan tak banyak berubah dari bentuk asal, tapi fully cover bahagian ekzos tengah...



Buat Belly Pan ala-ala Z1000, penambahan hampir cover separuh bahagian enjin. Baru nampak jelas perubahannya...



Tambah lagi sket bahagian atas belly pan...

Hugger on demand, CF available...

Banyak permintaan untuk hugger custom hasil kerastangan saya ni. Untuk kualiti yang lebih baik, saya sub kat kawan untuk production. Ada juga dari material Carbon Fiber. Inilah hasilnya.

Hugger fiberglass berharga RM280.



Hugger Carbon Fiber berharga RM500.

Custom Hugger ER6

Bila hujan, hangin betul bila nengok menda ni bila sampai destinasi. Ni design tak siap ke saja nak bagi nampak macho ni. Kalau nama penghadang lumpur (mudguard) apsal dia plak yang penuh ngan lumpur. Bukan dia jer, habis semua ruang bawah motor tu. Tapi orang kata tu bukan "mudguard" tapi dipanggil "hugger"... apa-apa jer la...



Oleh itu saya buat mold, duplicate penutup rantai dan hugger. Potong dan cantumkan, trimming hingga sesuai dengan ER6...





Bila dah siap cat...

Terjebak dengan ER6... huhuhu...

September 2010 : "Tok Batin" menyuarakan keinginan untuk upgrade. Tapi motor yang dihajati agak berisiko sebab kompeni dah tutup kedai. MZ. Ya, MZ 1000S. Motosikal dengan power curve yang lebih ummppphhhh dari ER6. Tapi tentunya sukar mendapatkan sparepart, kecuali rajin jenguk eBay. Itu yang saya beritahunya, tapi menyokong keinginannya sekiranya masih ingin meneruskan niat. "Kalau abang jadi beli motor tu, saya beli abang punyaq ER6"... gelak-gelak... dalam hati... ARE YOU SERIOUS???... nope, I'm just kidding... keh keh keh...

Hari Raya "Tok Batin" call kata loan dah lulus dan lepas raya dapat motor... WHAT??? THIS IS REALLY SERIOUS!!! huhuhu...

1 jam selepas sampai rumah, balik dari Taiping lepas cuti raya... malam tu jugak motor dihantar ke rumah walau satu sen pun tak bayar lagi. Isn't me a lucky guy? 2 minggu pakai motor tu masih tak bayar apa-apa hingga la tokey kedai MZ call suruh bayar duit tebusan... motor tu trade-in kat kedai dan saya kena bayar nilai trade-in tu CASH... selebihnya sambung bayar cam biasa sampai tamat tempoh. Mana nak cari duit tiba-tiba... cash plak tu. Nasib baik dapat jual ZZR, tapi lagi satu belum jual. Cover la separuh dulu. Separuh lagi tenyeh Mastercard... hehe...



Dapat motor amatlah sedihnya bila tengok pelapik getah dah tanggal dan diikat dengan 'cable tie' jer . ZZR250 dah 15 tahun pun getah tak tanggal taw, ini design sengaja nak jual sparepart ni...

Langkah pertama... tukar footrest masuk ZZR250 punya... ori terpakai tahun 1994 punya footrest.



Dalam minggu tu jugak bikin ekzos ala-ala Arata... tak berkenan langsung ekzos kontot cam tu...



Motor baru "Tok Batin"...

Penglibatan dengan ER6n...

Mei 2010 : "Tok Batin" meminta saya designkan handel clip-on untuk ER6n miliknya sebab letih katanya melayan korner dengan handel standard. Google sana-sini memang takde jual yang khas untuk ER6, yang ada pun semuanya universal. Takpe lagi, nak kena import dari USA la pulaknya. Kawan punya pasal, saya pun design la handel clip-on seperti di'idam'kan. Design yang simple dengan harapan dapat memuaskan hati seorang kawan.



Beginilah rupanya setelah siap proses fabrication dan anodized treatment...



Dan selepas dipasangkan pada motosikalnya...