Tuesday, June 8, 2010

ZZR 250 ST, half fairing...

Ini dulunya motor ZZR 250 ST Chef Bob (dah dijual sebab upgrade ke Suzuki DR650).






Suatu hari Chef Bob muncul kat depan rumah saya. Minta tolong fiberkan fairing yang dah kena potong dua. Hati panas sebab DIY cat cowling bawah tu tapi cat kembang plak. Angin satu badan punya pasal, habis fairing kanan kiri kena potong... keh keh keh... Saya pun buat jer la apa yang patut. Hasilnya tidak mengecewakan.



Monday, June 7, 2010

Laverti 668R, italiano motocillismo

Fiberwork pertama yang bukan motor ZZR250. Laverda 668 nak ikut design Ducati 1098R... sama-sama moto Itali... boleh la kot...

Hasilnya seperti yang anda lihat dalam gambar...





Membuat prototype step by step. Takde mold, free hand jer.



Prototype dah siap. Hugger pun dah siap. Lepas ni projek ekor plak.



Ekor sebelum dan selepas mode...


Fibersworks, modification dan fabrication jer ke?

Dak aiihhh... Full recondition pun boleh... Dari adjust tappet (valve clearance) sampai ke overhaul saya boleh buat. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Bila kita tak kedekut ilmu yang seciput tu, maka ditambahkan lagi ilmu yang kita ada. Dari zero hingga boleh overhaul, siapakah yang memberi ilham? Dulu jangan kata ZZR, nak buat kat EX5 pun tak berani. Banyak sangat spring moto 4 lejang nih...

Ada sedikit pengetahuan teknikal, saya kongsikan dengan rakan-rakan ZZRianz buat sessi DIY (Do It Yourself) dihujung minggu. Setiap hujung minggu, penuh depan rumah. Meriah dengan kehadiran rakan-rakan ZZRianz yang nak buat DIY dan yang nak belajar tapi tak berani nak DIY, jadi pemehati jer ler... keh keh keh... Memang rumah saya tak pernah sunyi dari kunjungan rakan-rakan ZZRianz pada masa tu. Sekarang sunyi la jugak sebab masing-masing dah upgrade motor cc besar. Siapalah lagi yang sudi nak datang rumah buruk yang cuma ada ZZR250... huhuhu... sob... sob...

Mulanya posting cara-cara nak buat servis sendiri kat forum ZZRianz, akhirnya mempraktikkan secara hands on dengan tunjuk ajar saya sendiri. Kalau ada masa nanti saya buat posting DIY kat sini.







Sunday, June 6, 2010

Alternatif kepada monoshock ZZR250

Apakah di antara part yang paling mahal kat ZZR250 ni? Di crankshaft nya kah, atau di monoshock nya kah? Crankshaft tak leh nak buat apa dah, beli baru jer. Monoshock telah kedapatan solution nya... Crankshaft berharga Rm2200 sahaja, mengkala monoshock pula berharga Rm1800 sahaja (harga part original).

Suatu ketika ZZR250 tidak kelihatan di jalanraya Malaysiaku yang tercinta ini kebanyakannya disebabkan masalah monoshock jer. Tak berbaloi nak beli monoshock yang harganya separuh dari 2ndhand value pada masa tu, motor ni letak tepi rumah dan belakang reban ayam jer. Masa tu saya beli 3 buah ZZR tak sampai Rm3000 pun, what say you? Don't belive it? Percayalah kerana ianya benar.

Tercari-cari alternatif pada suatu hari di tahun 2006 saya terjumpa monoshock yang amat menarik perhatian... adjustable tuuu... sebenarnya sebab ada gambar F3... keh keh keh... Dah bertahun kat situ takde sapa nak beli tokeh tu kata. Warna merah tu pun dah naik luntur. Setahun kemudian baru tau monoshock RG sport ghopenya... keh keh keh... Tapi mono racing ler, bukan biasa punya... kononnya. Saya beli dengan harga Rm120 kalau tak silap, harga lelong.



Perbandingan dengan mono asal ZZR250.


Sedikit modifikasi dan penambahan bracket custom.Terima kasih kat Redzman, tolong buat drawing. Sama-sama buat R&D pasang untuk motor masing-masing. Untuk model RG, kena besarkan lubang skru mono tu. Ni monoshock gas, keras sket jer dari mono asal. tapi kornering mantappp... Malangnya takde production lagi mono jenis ni, obsolete. Ada sebuah tu jer la. Alternatif lain perlu di cari. Ermmmm...


Kajian diteruskan, lubang mounting mono TZM sama besar ngan ZZR250. Tak perlu modify lubang mounting tapi kena potong sket mountingnya. Nak memotongnya guna grinder sampai tergrinder tangan, nasib baik kena sket jer tapi darah keluar cam susu getah... huhuhu... Dimension braket kena ubah untuk disesuaikan ngan mono TZM ni.



Kajian diteruskan lagi. 125z punya monoshock boleh digunakan tanpa potong mounting. Lepas tu guna 125Z punya monoshock jer. Walau pun mono 125Z standard (Kayaba) keras sket, tapi masih sesuai digunapakai kat ZZR250. Cuba intai-intai ZZR250 punya monoshock, kebanyakannya dah pakai jenis ni. Starting dulu saya jual dengan harga Rm350 sahaja. Setelah harga petrol naik, Yen Jepun naik dan harga barang juga naik, kini harganya Rm450 termasuk upah pasang atau pos. Monoshock ni bukan sahaja digunapakai kat ZZR250 tapi juga boleh digunapakai juga kat GPZ500 dan ZXR250. Boleh caya ker? Percayalah kerana ianya benar. Sekarang sedang buat prototype untuk GS500e yang juga boleh digunapakai oleh Blade 250R.


Petal disk untuk ZZR250?

Berminat dengan Ninja 250R, boleh kot nak mode ZZR250 jadi ala-ala Ninja 250R ni. Langkah pertama, masuk petal disk dulu. Kapcai punya petal disk banyak jual kat kedai sparepart kan.



Ini petal disk untuk 135LC, ehh... SS110 pun boleh pakai jugak. Diameternya lebih kurang sama dengan disk asal ZZR250. Cuba dulu baru tau. Disk ni ada 4 lubang, disk ZZR250 ada 5 lubang. Kena buat lubang baru dan bubuh spacer. Lepas 1 jam berhempas pulas... Walla... Dah ada ZZR250 pakai petal disk.


Petal disk belakang kapcai takde yang sesuai plak, terpaksa la design dan buat dengan mesin CNC. Terima kasih kat Kojek sebab tolong buat drawing untuk petal disk ni. Buat pun sebijon jer, dah jual sekali dengan motor. Takde vendor yang nak buat lagi dah. Susah sangat kot nak membuatnya.


Mode sampai 6 bulan? Lamanya...

Cuba ler tengok proses membuatnya... Sepatutnya lama ke tak lama, buat Sabtu dan Ahad jer... lu pikir la sendiri...

Memula gini ler dia nyer...


Mud flap kecik daa, kena belah dan besarkan sket... Ubah lubang mounting TZM dari A ke B.


Fairing TZM dan kepala NoS sebelum disambungkan...


Bila dah sambung camtu la ghopenye... tak siap lagi tu... takde lubang angin lagi...



C dan D kena besarkan ikut standard ZZR250.




Bila dah tambah lubang angin gini pulok ghopenye... kasar sebab teman tak gheti lagi buat mold pada masa tu. Teman tempek jer fiber janji ada bentuk, pastu teman grinder teman simen teman gosok sampai licin ngan kertas pasir... huhuhu... sampai keras kematu tangan teman...


Ekor adalah bahagian yang paling susah nak buat. Pasal tu la lama sangat nak membuatnya. Naik penin kepala teman. Hampir 4 bulan untuk buat ekor jer...