Tuesday, August 31, 2010

Walau pun undercoat, tetap menawan

Baru siap undercoat tapi nak ikut ZZRianz ride ke Pulau Pinang. Undercoat siap spray pukul 12 malam. Pukul 12 malam gak gi ambik kat rumah tukang cat dan pasang bagi siap dah pukul 3 pagi. Nak ride punya pasal tak cukup tidur tu dah jadi perkara biasa.

Gambar ni kat rumah Syed Azam, Taman Meru Jelapang.



Ni gambar sebelum naik feri...

Side mirror buatan sendiri

Side mirror standard dah tak sesuai rasanya dengan cowling baru ni. Survey tengok lebih kurang macam side mirror skuter Modenas ni sesuai. Tak cuba tak tau. Mula-mula buat tu panjang sket. Bila dah potong bagi pendek sket nampak lebih sesuai. Tapi masa panjang tu rasa cam bawak CBR F2. Tak rasa cam bawak ZZR langsung.



Penambahan signal depan

Takde signal depan, nampak comel sangat lampu tu. Ada yang kata dah OK tapi rasanya kena bubuh signal gak sebelum kena saman. Hehe.

Bila dah pasang signal depan, nampak macam lampu tu besar. Signal dari Yamaha Ego S.



Monday, August 30, 2010

Rekabentuk upper cowling serba baru

Idea asalnya adalah mengekalkan bentuk asal fairing hadapan, cuma ubah lampu dan windscreen. Emmm... lampu hadapan yang terpilih adalah dari moto kapcai Siam iaitu Honda Sonic 125. Lihat bagaimana proses pembuatannya.

Dimulakan dengan memotong fairing terpakai yang dah pecah bahagian hadapannya. Potong dan tampal untuk disesuaikan dengan lampu hadapan Honda Sonic 125. Windscreen seperti biasa, bubble TZM Batman kegemaranku... hehehe... Bukan apa, ini windscreen bubble yang paling murah... keh keh keh...



Sunday, August 8, 2010

Lepas undertail, single seat la pulak...

Bila undertail dah siap, seat standard dah tak boleh diguna pakai lagi. Kena buat single seat la pulak. Ni lagi satu kesukaran untuk ditempuhi. Nak buat ekor ala-ala cam Ninja 250R.

Prototype awal, bughoq bebenor ghopenyer... seat pun potong yang asal punya...





Lepas dah buat finishing, baru ada mari...



ZZR 250 dengan ekzos undertail?

Saya memang suka sangat motosikal dengan ekzos undertail. Selain nampak sporty, mudah mencelah-celah dalam kesesakan lalulintas. Pergi balik kerja melalui Bandar Sunway memang tension sket. Selalu jem tak leh nak gerak langsung walau pun anda menunggang motosikal, setiap kali pada masa puncak (masa orang pergi dan balik kerja). Naik kapcai ngan skuter ada harapan lagi, naik ZZR memang kena tunggu la selalunya. Bila banyak mencelah, ekzos selalu tersangkut kat bumper kereta. Marah orang walau pun keretanya Proton Saga 1st model yang nak luruh bumper, mungkin takut bumper dia luruh sungguh la kot.

Disebabkan minat sangat, saya pun beli ekzos CBR600RR terpakai. Itu pun lepas setahun baru mulakan projek ekzos undertail ni. Tak habis fikir camner nak membuatnya.





Dengan semangat dan keyakinan yang tinggi saya mulakan modifikasi undertail ni. Amat sukar kerana perlu ubah sub frame dan buang sistem unitrak monoshock. Dengan semangat Malaysia Boleh, saya yakin memang boleh. Ambil masa 2 hari nak siapkan modifikasi frame, monoshock dan ekzos ni.

Pemotongan subframe dan ekzos...


Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, inilah hasilnya...




Ubahsuai air filter dari jenis untuk enjin Mitsubishi MIVEC. Potong dua dan tampal dengan fiberglass... menjadi plak tu...