Friday, August 31, 2012

Sketch, Design atau Impian Izzudin Saufi

Izzudin bertanya "Boleh buat ke?".

Jawapan saya: Boleh. Malaysia Boleh!



Bermula dari keinginan seperti ini yang menyebabkan saya boleh sampai ke tahap seperti sekarang.

Apa dalam fikiran saya? Saya inginkan motosikal yang unik, design yang saya suka, design yang saya lakar dan menjadikannya satu realiti.

Adakah satu design pada motosikal yang saya rasakan perfect?
- Mungkin.

Bagaimana dengan harga? Mampukah saya membelinya?
- Mungkin tidak.

Tapi saya ingin juga memiliki ciri2 tersebut dengan kos yang termampu dan berusaha dengan kesungguhan juga ketabahan.

Kejayaan diraih dari pengalaman dan kegagalan.

ZZR 250 untuk refurbish...

31hb Ogos 2012 :-
Beli ZZR 250 warna hitam, ada sticker Monster Energy gak... keh keh keh...

Condition tak begitu memberangsangkan... Fork leaking, brek belakang out, fairing banyak nak kena repair, ekzos pun nak kena tukar gak, tappet nak kena tune semula.





Thursday, August 30, 2012

Ku beli ZZR 500 juga...

29hb Ogos 2012 :-
Beli ZZR 500 warna kuning stripe Monster Energy... Hemmm... Nampak mantap juga luarannya...

Ekzos local asal telah pun ditukarkan ke jenama Yoshimura yang lebih kurang 3 tahun dalam simpanan. Pasang kat ZZR250 bunyi kuat sangat, bingit. Bila pasang kat ZZR500 ni lunak merdu pula bunyinya.

Hari pertama dapat motor ni, tukar ekzos Yoshimura oldskool. Fairing nak modi ke tak modi ni. Ada banyak permintaan dari forumer Kawasaki Australia. Lama dah KIV sebab takde motornya. Dah ada motornya ni, nak buat ke tak ni. Macam la nak eksport ke Australia sangat kan. Shipping cost mahal. Dema rasa tak berbaloi.



Mungkin repair jer dan jual balik 'as standard' kot... Ada masalah sket dengan clutch, fuel tap, brek depan dan beberapa lagi. Things for improvement...

Monday, August 27, 2012

Kembali memiliki ZX11...

Setelah menunggang ZX11 model C1 selama hampir 7 tahun, terpaksa dijual pada tahun 2001 sebab nak beli rumah pertama.

23hb Ogos 2012 :-
Baru dapat beli ZX11 semula. Itu pun setelah selesai urusan beli rumah kedua. Kali ni dapat model D2 yang telah diconvert ala-ala ZX10R, namun serba kekurangan dari segi rupa dan penampilan. Tapi takpe, pelan-pelan boleh bikin. Boleh juga kalau nak beli yang standard, tapi hampir tak sanggup pula nak potong subframe tu. Alang-alang ada orang nak jual yang dah convert, kurang sket kerja... hehe...





Splash Guard ER6 2012

Ada beberapa permintaan dari owner ER6 2012 untuk splash guard ni. Insya'Allah akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat...



Plate Holder ER6 2012

Proses pembuatan plate holder custom... Prototype -> Mold -> End Product



Ekor Sportivo menggunakan signal dan plate holder custom...



Beginilah rupanya bila dah siap pasang signal dan plate holder...





HARGA : Plate Holder RM150 (boleh diguna pakai utk ER6 2012 ekor std).

Nak order? SMS (Nama Anda) (Plate Holder Sportivo ER6 2012) send ke 017-2634237. TQ.

End Product : Ekor Sportivo ER6 2012

Setelah siap spray cat warna kuning pearl...



Pandangan dari belakang...



HARGA : Set Ekor RM650 (3pcs, tidak termasuk cat)

Nak order? SMS (Nama Anda) (Ekor Sportivo ER6 2012) send ke 017-2634237. TQ.

The Making : Ekor Sportivo ER6 2012

Macam-macam modifikasi boleh buat kat ekor ER6 2012 ni. Design subframe dia memudahkan untuk disesuaikan dengan design ekor yang lebih sporty. Tapi tertakluk kepada keinginan pemiliknya...

Untuk versi yang ni mengekalkan lampu belakang, mounting dan skru yang sama. Tapi nak nampak sporty dan menjongket...



Buat mold ekor asal dulu untuk dapatkan mounting skru asal...



Setelah diubahsuai dengan ekor ZX10R...



Beginilah rupanya bila dah siap prototype. Lepas buat finishing dah boleh buat mold untuk end product...