Friday, March 30, 2012

Pembedahan plastik Yamaha FJR 1300



Mula-mula kena buka fairing dan buka signal. Lepas tu potong fairing bahagian tengah tu. Kalau owner tengok masa potong ni memang terguris hati... keh keh keh...



Kemudian dibuat penambahan untuk melebarkan bahagian lampu signal...



Beginilah rupa perubahan sebelum dan selepas...



Rear Hugger untuk ER6n/ ER6f 2012

Bila motor dah keluar, seperti biasa owner akan cari rear hugger untuk motor ni sebab yang asal kontot sangat. Bila hujan pasir naik sampai penuh kat tempat duduk pillion.

Klon cover rantai ER6n 2012 dan dicantumkan dengan rear hugger custom 2009...





Beginilah rupanya rear hugger bila dah siap dipasangkan kat ER6n 2012...





Bila dah cat warna kuning... Baik punyerrr...



HARGA : RM250 , cat kuning +RM20...

Nak order? SMS (Nama Anda) (Rear Hugger ER6 2012) send ke 017-2634237. TQ.

Headlight ala-ala ER6n 2012

Bila keluar berita pasal ER6n 2012, terus search internet dan dapatkan gambarnya. Nampak macam menarik. Terus buat design berpandukan gambar. Dalam kepala terfikir sesuai masukkan lampu depan LC135 baru dan bawahnya guna lampu sportlight kereta. Nampaknya memang sesuai. Apa yang saya fikir boleh memang boleh sebab Malaysia Bolehhh!!! hehehe...









Gambar kat bawah ni masa kat JPJ. Kantoi sebab nombor plet tak ikut spesifikasi... hehehe... Masa datang hari Jumaat dengan ekzos megafon dan headlight ala-ala Z1000. Kena halau balik suruh pasang ekzos standard dan datang balik hari Isnin. Alang-alang tukar ekzos standard, tukar sekali headlight ER6n ala-ala model 2012 yang nampak macam standard. Maka luluslah inspection dengan cemerlangnya pun adoiii... hehehe...

Windscreen ER6n Carbon Fiber custom

Windscreen ni buat untuk motor sendiri. Klon dari windscreen Z1000. Kalau ada yang berminat, harganya RM450 termasuk bracket.