Monday, August 27, 2012

The Making : Ekor Sportivo ER6 2012

Macam-macam modifikasi boleh buat kat ekor ER6 2012 ni. Design subframe dia memudahkan untuk disesuaikan dengan design ekor yang lebih sporty. Tapi tertakluk kepada keinginan pemiliknya...

Untuk versi yang ni mengekalkan lampu belakang, mounting dan skru yang sama. Tapi nak nampak sporty dan menjongket...



Buat mold ekor asal dulu untuk dapatkan mounting skru asal...



Setelah diubahsuai dengan ekor ZX10R...



Beginilah rupanya bila dah siap prototype. Lepas buat finishing dah boleh buat mold untuk end product...



Wednesday, June 13, 2012

ZZR 250 kacukan Ninja 250R

Projek terbaru, adaptasi kepala Ninja 250r kat ZZR 250. Tapi lampu pakai Lagenda 115...

Lihat bagaimana proses "cut and paste"... sebelum dah selepas finishing...





Beginilah rupanya bila modeling kat motor...





Tuesday, May 15, 2012

Apasal la pakcik tak bagi signal... huhuhu...

Kemalangan dalam perjalanan nak ke tempat kerja pagi tadi. Laluan sikal Highway KESAS hala ke USJ. Sorang pakcik nak masuk Petronas tak bagi signal. Berlaga ngan motor dia, jatuh dan rabak set Monster Energy... huhuhu...



Al kisahnya "Macamana ni pakcik, nak masuk sini dari tepi sana... tak bagi signal plak tu..." Tanpa bersuara, dia keluarkan RM50. "Ni duit ubat pun tak cukup ni pakcik, nak repair moto lagi..." Dia kata "Wa pun ata salah, wang pun ata 20 linggit" sambil hulur kat saya lagi RM10. Tapi ada RM35 nampak kat walet dia :) Apek rupanya, ingatkan pakcik Melayu... muka macam Melayu. Takpe la. Dia pun dah mengaku salah. Nampak pun bukan macam orang senang. Kalau orang senang mesti dia drive Honda Accord, watpe nak lenjan Honda EX5 lagi kan...

Mat bangla kat Petronas tunjuk isyarat "thumbs up" menandakan sama ada saya OK... Saya pun balas balik dengan "thumbs up" menandakan saya OK... prihatin jugak dia...

Lepas tu saya meneruskan perjalanan dan buat U turn kat flyover USJ dan menuju klinik panel kompeni kat Bukit Kemuning...

Luka tapak tangan dan lutut. Biasa la biker jatuh moto, mesti ada luka sket...

Masa nurse bubuh ubat iodin memula tak pedih, saya senyum jer... lepas tu... huhuhu... adoiii... Kan doktor dah kata tadi... pedih ubat tuuu...



Sampai rumah baru perasan signal pun rabak jugak. Nasib baik ada banyak sparepart ZZR 250... Kasut pun rabak juga nih...



Doktor bagi M/C 2 hari...

Friday, March 30, 2012

Pembedahan plastik Yamaha FJR 1300



Mula-mula kena buka fairing dan buka signal. Lepas tu potong fairing bahagian tengah tu. Kalau owner tengok masa potong ni memang terguris hati... keh keh keh...



Kemudian dibuat penambahan untuk melebarkan bahagian lampu signal...



Beginilah rupa perubahan sebelum dan selepas...



Rear Hugger untuk ER6n/ ER6f 2012

Bila motor dah keluar, seperti biasa owner akan cari rear hugger untuk motor ni sebab yang asal kontot sangat. Bila hujan pasir naik sampai penuh kat tempat duduk pillion.

Klon cover rantai ER6n 2012 dan dicantumkan dengan rear hugger custom 2009...





Beginilah rupanya rear hugger bila dah siap dipasangkan kat ER6n 2012...





Bila dah cat warna kuning... Baik punyerrr...



HARGA : RM250 , cat kuning +RM20...

Nak order? SMS (Nama Anda) (Rear Hugger ER6 2012) send ke 017-2634237. TQ.

Headlight ala-ala ER6n 2012

Bila keluar berita pasal ER6n 2012, terus search internet dan dapatkan gambarnya. Nampak macam menarik. Terus buat design berpandukan gambar. Dalam kepala terfikir sesuai masukkan lampu depan LC135 baru dan bawahnya guna lampu sportlight kereta. Nampaknya memang sesuai. Apa yang saya fikir boleh memang boleh sebab Malaysia Bolehhh!!! hehehe...









Gambar kat bawah ni masa kat JPJ. Kantoi sebab nombor plet tak ikut spesifikasi... hehehe... Masa datang hari Jumaat dengan ekzos megafon dan headlight ala-ala Z1000. Kena halau balik suruh pasang ekzos standard dan datang balik hari Isnin. Alang-alang tukar ekzos standard, tukar sekali headlight ER6n ala-ala model 2012 yang nampak macam standard. Maka luluslah inspection dengan cemerlangnya pun adoiii... hehehe...

Windscreen ER6n Carbon Fiber custom

Windscreen ni buat untuk motor sendiri. Klon dari windscreen Z1000. Kalau ada yang berminat, harganya RM450 termasuk bracket.