Saturday, June 5, 2010

ZZR NoS 2, mode extreme yang pertama

Baim dari Bangsar mengorder motor ni dengan harga Rm9000 termasuk harga motor dan modifikasi. 6 bulan baru siap, part time buat Sabtu Ahad jer. Tu pun ada la jugak selang-seli ngan repair enjin termasuk sessi DIY bersama rakan-rakan ZZRianz. Specifikasi kat 2 gambar yang bawah sekali.



ZZR GTR, headlight GTR150 kat ZZR250?

Mulanya satu percubaan yang gagal. Rasa cam nak nangis pun ada, headlight GTR ni mahal siot... Lepas dah ubahsuai beberapa kali dan buat colour scheme Repsol... OK la kot...






Rakan sekerja pun berminat juga

Redzman dan Yuserizal, rakan sekerja di Western Digital (WDM) pun berminat dengan ZZR 250. Lepas dah dapat sorang satu, convert upper cowling dengan headlight Nouvo S. Masa ni dah masukkan bubble screen TZM dan sportlight yang ada "angel eye".
Saya gelarkan model ni sebagai NoS.









Seronok bila semuanya berkonvoi bersama. Konvoi ke Melaka bersama group ZZRianz makan ikan bakar kat Umbai. Redzman ngan Yuserizal dah upgrade ZZR500, aku jugak yang masih dengan ZZR 250. Belum ada rezeki, dah booking ZZR1100 D tapi ada perkara lain yang lebih utama... lebur duit booking Rm2k... huhuhu...

ZZR NoS, titik tolak kesinambungan fiberworks

Pak Dinz, rakan ZZRianz yang pertama memberi saya kepercayaan untuk mengubahsuai motor ZZR beliau dengan kos Rm1400. Kualiti agak kureng sket sebab masa ni masih tahap "belajar-belajar" kata orang kita. Tapi saya cuba yang terbaik dan lihatlah hasilnya. Ada sedikit keuntungan, saya gunakan untuk beli bahan fiber dan meneruskan rekaan2 yang saya rasakan bersesuaian dengan ZZR250.








Mudguard ekor belakang diubah ke Ego S lepas tu...


Terima kasih kat Chunut, rakan BNG yang sudi mengizinkan ekor CBR 600RR barunya dicopy oleh saya. Walau pun cuak giler, tapi lega sebab takde sebarang kecacatan kat ekor CBRnya... keh keh keh...

Sunday, April 25, 2010

Hasil kerastangan fiber, kejayaan pertama

Nama saya Shamsul bin Mohamed Yusop.
Lahir di Rantau Panjang, Klang, Selangor.
ZX11 atau Kawasaki ZZR1100 motor kesayangan saya (dulu la).
01SAMFIBER, nombor henpon saya la tu 017-2634237.
ShamZX11, nickname saya : kalau google images guna keyword nih maka keluar ler segala macam fiberworks yang saya buat.





Pendapat peribadi saya, ZZR250 punya penampilan sedikit outdated. Ye la, tahun 1994 punya model masih digunapakai hingga sekarang. Dulu masa mula-mula saya beli pada tahun 1994 tak pulak rasa camtu... keh keh keh...

Tahun 2007 beli semula ZZR250 yang dah kaput. Beli 3 buah dalan masa sebulan. Sendiri servis sampai boleh bernafas, berjalan dan berlari. Tak tahan kena tolak kapcai selalu, orang tabur paku kat laluan sikal KESAS dan Federal Highway. Sebulan sampai 3 kali, mana boleh tahan sih...

Saya memang suka bidang ubahsuai ni, tak belajar secara rasmi pun bikin fiber ni. Cuma cuba-cuba buat ikut instruction kat "fiber kit" jer tapi menjadi la plak. Tu yang menaikkan semangat dan menjadi perangsang untuk meneruskan kerja-kerja fiber ni. Memang minat seni dari kecik lagi. Mungkin juga kreatif sebab dari dulu banyak modify benda ntah apa-apa. Berbalik pada citer fiber.

Inilah hasil kerastangan fiber saya yang pertama.
- ekor klon Aprilia 125
- headlight Nouvo S
- fairing depan cantuman ZZR 250 dan TZM
- mudguard depan Grand Nitro 125
- tabung ekzos karbon fiber Harpoon

Ekor Aprilia tu Ayie BNG (Bikers Net Group)yang buat untuk TZM, dijual kepada saya sebagai edisi "clear stock" sebelum bersara dari arena fiber... dan bermulanya era SAMFIBER... macam tak caya...