Monday, February 6, 2012

Plate Holder Z1000

Pertama kali buat plate holder. Cetak dari yang asal dan modifikasi seperti yang dikehendaki. Akhir sekali buat finishing carbon fiber. Harga Rm300.

Proses pertama...



Setelah modifikasi, buat mold dan proses karbon fiber...



Setelah siap dipasangkan kat motosikal Z1000...



Rear Hugger Z1000 '09

Rear Hugger Z1000 '09. Harga Rm350.

Proses pertama. Buat mold penutup rantai. Cetak hugger Z750 dan modikasi membesarkan hugger mengikut kesesuaian tayar Z1000.









Clip-On Handlebars ER6f

Akhirnya berjaya juga buat handel clip-on yang mantap untuk ER6f ni. Handel ni sememangnya begitu sukar untuk direalisasikan. Amat kritikal dari segi ruang antara tangki dengan fairing hadapan. Ramai dah mencuba dan berputus asa. Kalau bolt-on memang ramai orang dah buat. Cuba Google clip-on ER6f maka keluar la semua versi yang saya buat ni. Tak caya? Cuba la tanya pakcik Google. Ini pun dah versi ke-5. Harga Rm750.

Dipaparkan handel dalam proses CNC...



Setelah siap proses hard anodized...



Setelah siap dipasangkan kat motosikal ER6f...





HARGA : Harga ER6 Clip On V5 : RM750 sahaja

Nak order? SMS (Nama Anda) (ER6 Clip On V5) send ke 017-2634237. TQ.


Yang ni versi ke-3...



HARGA : Harga ER6 Clip On V3 : RM650 sahaja

Nak order? SMS (Nama Anda) (ER6 Clip On V3) send ke 017-2634237. TQ.

Monday, October 10, 2011

ZZR 250 mode headlight Gilera Runner

Lawa ke ZZR 250 mode masuk headlight Gilera Runner? Sesuai ke? Ntah... cuba ler dulu...





Nampak tak menarik kan... cuba tengok yang dah siap cat... Ahaaa...





Mode ekor CBR150

Seperti yang kita tahu, ekor dan kepala CBR150 sememangnya comel sangat. Owner dah convert fairing depan masuk NSR150 punya fairing. Ekor belakang nak bagi besar ala-ala CBR600...





Owner ambil malam tu jugak... maka takde la gambar waktu siang...

Custom Headlight ER6n V3

Ada member order headlight nak nampak macam ala-ala Z750 atau Z1000. Apa idea ada? Dia kata lampu Ninja 250R dah mirip sangat dah tu... Emmm... takpe... kita kacukkan cowling Ninja 250R dengan ER6n...





Member kata kurang menarik... Takpe... kita modify sampai jadi...



Potong sambung adjust... Potong sambung adjust...





Peerrgghhh... Dah mirip sangat... cuma nak belah dagu jer... hehe...



Seterusnya proses buat mold dan mencetak produk...



Kalau ada yang berminat, harganya Rm450. Carbon fiber Rm650.