Wednesday, January 19, 2011

Custom Headlight ER6n V2

Nak try buat headlight ala-ala custom fighter pakai sportlight projector kereta Wira...



Buat muka bawah dulu...



Pipi mold dari bentuk cover asal ER6n tapi potong tengah bentuk ke dalam...



Inilah rupa dia bila letak sebelah dengan ER6n ori...



Try tambah windshield mode dari RXZ Catalyzer... ada yang kata nampak macam tanjak la pulak...



Apa-apa hal pun fungsi belah angin memang bagus...

ZZR 250 naked dah siap

Siap dah. Lampu, kepak dan signal depan ER6n. Pemijak kaki belakang LC135. Side mirror tak tau brand apa, harga Rm40.



Seat depan dari ZXR250, seat belakang dari NSR150RR. Ekor Ninja 250R, ekzos CBR600RR dan signal belakang adalah dari signal depan RXZ catalyzer.




Meter pakai speedometer 125Z yang telah di mode masuk temp meter kat ruangan tachometer... berapa banyak meter daaa...

Permintaan untuk Naked ZZR250

Permintaan dari seorang kawan lama dari Kelantan. Nak motor nampak moden sket tapi naked, suka headlight ER6 dan saya cuba usahakan.



Proses penukaran subframe...



Lepas convert... ER6 masuk fairing plak sebab barang dia dah masuk kat ZZR... hehe..



Wednesday, January 12, 2011

Custom Headlight ER6n V1

Sungguh berminat dengan signal Lagenda 115 baru. Sebenarnya berminat nak beli motornya juga tapi banyak sangat komitmen, loan pun tak lepas dah. Kiranya dapat modify masuk kat ER6 pun lepas la jugak hajat.



Penambahan projector lamp Proton Wira kat bahagian tengah...



Setelah siap fiberworks...



Sedikit lagi pengubahsuaian untuk nampak lebih garang...



Friday, December 3, 2010

Custom Belly Pan ER6n

Belly Pan yang ni nampak biasa sangat dan tak banyak berubah dari bentuk asal, tapi fully cover bahagian ekzos tengah...



Buat Belly Pan ala-ala Z1000, penambahan hampir cover separuh bahagian enjin. Baru nampak jelas perubahannya...



Tambah lagi sket bahagian atas belly pan...

Hugger on demand, CF available...

Banyak permintaan untuk hugger custom hasil kerastangan saya ni. Untuk kualiti yang lebih baik, saya sub kat kawan untuk production. Ada juga dari material Carbon Fiber. Inilah hasilnya.

Hugger fiberglass berharga RM280.



Hugger Carbon Fiber berharga RM500.

Custom Hugger ER6

Bila hujan, hangin betul bila nengok menda ni bila sampai destinasi. Ni design tak siap ke saja nak bagi nampak macho ni. Kalau nama penghadang lumpur (mudguard) apsal dia plak yang penuh ngan lumpur. Bukan dia jer, habis semua ruang bawah motor tu. Tapi orang kata tu bukan "mudguard" tapi dipanggil "hugger"... apa-apa jer la...



Oleh itu saya buat mold, duplicate penutup rantai dan hugger. Potong dan cantumkan, trimming hingga sesuai dengan ER6...





Bila dah siap cat...