Sunday, June 6, 2010

Alternatif kepada monoshock ZZR250

Apakah di antara part yang paling mahal kat ZZR250 ni? Di crankshaft nya kah, atau di monoshock nya kah? Crankshaft tak leh nak buat apa dah, beli baru jer. Monoshock telah kedapatan solution nya... Crankshaft berharga Rm2200 sahaja, mengkala monoshock pula berharga Rm1800 sahaja (harga part original).

Suatu ketika ZZR250 tidak kelihatan di jalanraya Malaysiaku yang tercinta ini kebanyakannya disebabkan masalah monoshock jer. Tak berbaloi nak beli monoshock yang harganya separuh dari 2ndhand value pada masa tu, motor ni letak tepi rumah dan belakang reban ayam jer. Masa tu saya beli 3 buah ZZR tak sampai Rm3000 pun, what say you? Don't belive it? Percayalah kerana ianya benar.

Tercari-cari alternatif pada suatu hari di tahun 2006 saya terjumpa monoshock yang amat menarik perhatian... adjustable tuuu... sebenarnya sebab ada gambar F3... keh keh keh... Dah bertahun kat situ takde sapa nak beli tokeh tu kata. Warna merah tu pun dah naik luntur. Setahun kemudian baru tau monoshock RG sport ghopenya... keh keh keh... Tapi mono racing ler, bukan biasa punya... kononnya. Saya beli dengan harga Rm120 kalau tak silap, harga lelong.



Perbandingan dengan mono asal ZZR250.


Sedikit modifikasi dan penambahan bracket custom.Terima kasih kat Redzman, tolong buat drawing. Sama-sama buat R&D pasang untuk motor masing-masing. Untuk model RG, kena besarkan lubang skru mono tu. Ni monoshock gas, keras sket jer dari mono asal. tapi kornering mantappp... Malangnya takde production lagi mono jenis ni, obsolete. Ada sebuah tu jer la. Alternatif lain perlu di cari. Ermmmm...


Kajian diteruskan, lubang mounting mono TZM sama besar ngan ZZR250. Tak perlu modify lubang mounting tapi kena potong sket mountingnya. Nak memotongnya guna grinder sampai tergrinder tangan, nasib baik kena sket jer tapi darah keluar cam susu getah... huhuhu... Dimension braket kena ubah untuk disesuaikan ngan mono TZM ni.



Kajian diteruskan lagi. 125z punya monoshock boleh digunakan tanpa potong mounting. Lepas tu guna 125Z punya monoshock jer. Walau pun mono 125Z standard (Kayaba) keras sket, tapi masih sesuai digunapakai kat ZZR250. Cuba intai-intai ZZR250 punya monoshock, kebanyakannya dah pakai jenis ni. Starting dulu saya jual dengan harga Rm350 sahaja. Setelah harga petrol naik, Yen Jepun naik dan harga barang juga naik, kini harganya Rm450 termasuk upah pasang atau pos. Monoshock ni bukan sahaja digunapakai kat ZZR250 tapi juga boleh digunapakai juga kat GPZ500 dan ZXR250. Boleh caya ker? Percayalah kerana ianya benar. Sekarang sedang buat prototype untuk GS500e yang juga boleh digunapakai oleh Blade 250R.


4 comments:

  1. Thanks bro... info yg sgt2 berguna...

    ReplyDelete
  2. berminat bracket ni ada lagi x abg sam?

    ReplyDelete
  3. Monoshock utk ZX6f3 (97) punya boleh modified tak? Kalo boleh berapa kosnya?

    ReplyDelete